»

Perutusan Pegawai Daerah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Al-Hamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka dapatlah laman web Pejabat Daerah Kuching dilancarkan.

Secara keseluruhannya, Pejabat Daerah Kuching kini sedang mengamalkan konsep Pendekatan kepada rakyat. Dengan adanya laman web ini, secara tidak langsung ianya telah mambantu pejabat ini untuk mencapai objektifnya. Laman web ini sudah tentunya dapat membantu orang awam dan agensi-agensi lain untuk mendapat maklumat dengan lebih mudah, cepat dan terkini.

Perkembangan teknologi maklumat di negara kita sedang berkembang dengan pesat. Negeri Sarawak juga tidak ketinggalan di dalam mengikuti perkembangan teknologi maklumat ini. Jika sektor kemersil mempunyai E-Commerce, maka kerajaan kita mempunyai E-Government. Demi tidak ketinggalan dengan teknologi ini, Pejabat Daerah Kuching telah mengambil inisiatif untuk melancarkan laman web ini. Orang Awam akan dapat mencari maklumat berkaitan dengan Daerah Kuching dengan hanya melayari laman web ini.

Walau bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi maklumat ini, Pejabat Daerah Kuching masih tidak akan mengabaikan fungsi utamanya iaitu ?Berkhidmat Untuk Rakyat?. Rakyat masih lagi dapat berhubung terus dengan pejabat ini untuk perkhimatan terus.

Justeru itu, pelancaran laman web ini dapat membawa ke arah ketelusan pejabat ini untuk memberi maklumat dan perkhidmatan yang lebih baik untuk seluruh rakyat di Daerah Kuching khasnya Sarawak amnya.

Sekian, terima kasih.
BERSATU BERUSAHA BERBAKTI

(SULAIMAN HJ HUSAINI)
Pegawai Daerah Kuching)