»

Piagam Pelanggan

  • Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap, amanah, adil dan mesra pada setiap masa.
  • Semua permohonan pendaftaran probet akan disiapkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima dengan syarat pemohon telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan membawa bersama dokumen-dokumen yang lengkap.
  • Penyediaan baucer pembayaran akan dilakukan dalam tempoh dua (2) minggu dengan syarat bil-bil diterima telah disahkan oleh penerima.
  • Resit bagi mengesahkan pembayaran akan dikeluarkan sebaik sahaja pembayaran dilakukan oleh orang awam.
  • Semua permohonan Anak Angkat akan diproses dalam tempoh satu (1) minggu permohonan diterima dengan syarat semua pihak yang terlibat hadir dan membawa bersama dokumen-dokumen yang lengkap serta memenuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
  • Pendaftaran Perjanjian Sewa Beli akan disiapkan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan dokumen berkenaan.
  • Lesen kutipan derma akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari setelah mendapat kelulusan daripada pihak Polis dan RBK.
  • Permohonan permit peluru dan memeriksa senjata api akan dilakukan dalam satu (1) hariv Memproses permohonan mendiami rumah kerajaan (Lembaga Perumahan (B)) dalam tempoh seminggu dengan syarat ada kekosongan.
  • Mendaftar kes-kes mahkamah bumiputera dalam tempoh sehari.
  • Memproses pertukaran Hak Milik Rumah Atas Tanah Kampung dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Memperakui dengan serta merta Akuan Berkanun yang dikemukakan oleh orang awam.